Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Rabu, 13 Jun 2012

Resepi Sagu Berkuah


SAGU
1/2 cawan sagu
1 1/2 cawan air
5 sudu gula
Pewarna

KUAH
5 sudu susu pekat
1 cawan susu cair
5 sudu gula


Cara-cara
Rendam sagu lebih kurang setengah jam hingga sejam. Bila sagu dah kembang, buang air rendaman, masukkan dalam periuk, masukkan gula, air dan pewarna. Masak sehingga sagu menjadi warna jernih.Masukkan dalam bekas

Untuk kuah, campurkan semua bahan, kacau atas api hingga mendidih, boleh ditambah susu atau gula dan air mengikut kesesuaian masing-masing, sesetengah orang suka kuah lebih. Untuk kuah boleh juga di ganti dengan santan yang dimasak dengan gula melaka.

Tuangkan kuah ke atas kuih dan kuih Sagu Berkuah siap dihidangkan. Cepat dan sedap

Tips
Sagu direndam untuk mengurangkan masa memasak sagu disamping untuk memastikan sagu tidak mentah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan