Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Jumaat, 13 Julai 2012

Cream Puff

Cream Puff

Kulit
300gm tepung gandum
250gm mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 sudu teh vanila

Masak air bersama mentega sehingga hancur kemudian masukkan tepung .
Kacau sehingga tidak melekat di dinding periuk.
Angkat dan sejukkan.
Masukkan telur dan putar sehingga sebati adunan tersebut(sekejap aja)
Masukkan dalam paping beg dan dengan nozel untuk cream puff paipkan pada loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Bakar selama 30 minit dengan suhu 200c atau bergantung pada oven masing-masing. (suhunya biar panas sedikit daripada bakar kek)
Apabila kekuningan bolehlah diangkat dan disejukkan atau kalau saya lebih mudah ketika panas kita masukkan krim kerana kulit cream puff tidak perlu dibelah dengan pisau...angkat bahagian topinya sahaja...kalau sejuk kita perlu belah atau potong.

Cream
400ml susu segar..kalau nak guna susu cair pun okey..tapi susu segar lebih sedapppp.
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu besar mentega..kalau tak nak guna pun okey.

Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan.
Masukkan dalam paping beg asing dan masukkan dalam belahan kulit puff tadi.

Sambal Nasi Lemak




Salam...

RUJUKAN:  DapurKu SaYang
Sambal Nasi Lemak
Bahan-bahan : (4-6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • belacan bakar secukupnya(kisar)
  • segenggam ikan bilis (dibersihkan)
  • 3 senduk cili kering kisar (-/+)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi. 
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api. Angkat dan hidangkan.

 ***cili kering direbus terlebih dahulu sebelum dikisar. Biasanya dyg akan blend byk2 dan simpan di dlm bekas bertutup dan kemudian dimasukkan ke dlm fridge. Bila perlu, dyg akan keluarkan. Boleh bertahan sampai 2-3 minggu lamanya.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2010/08/sambal-nasi-lemak-resepi-ii.html#ixzz20UPc4mdA
Under Creative Commons License: Attribution