Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.
Memaparkan catatan dengan label Muffin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muffin. Papar semua catatan

Rabu, 13 Jun 2012

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS





Ok.. jom semak balik resipi, mana tau ada yg berkenan dan nak mencuba kan.. :)

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com 
Sources:-From Kak Am@Seroja Kitchen
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.

Sabtu, 3 Disember 2011

Muffin Coklat Chips



Muffin Coklat Chips
Sumber Resepi :@ dapur ummizaihadi

Bahan-Bahan A:-
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar
2 biji telor (pukul sikit)
1 sudu kecil esen vanila

Bahan-Bahan B:-
3 cawan tepung gandum *
1/2 cawan serbuk koko *
2 sudu kecil baking powder *
1/2 sudu kecil soda bikarbonat * (*ayak bersama 2x)
2 cawan gula perang

choc chips secukupnya (*dalam 1 cawan)

Cara Membuat:-
1. Panaskan oven pada suhu 190 C selama 10 - 15 minit. Sediakan muffin papercup dan letak loyang muffin. 
2. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaul rata. Satukan bahan A dan masukkan ke dalam bahan B, kacau rata guna whisker. Jangan terlalu lama, biar elok sebati je, ok. 
3. Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan choc chips atas adunan. 
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 18 - 20 minit. Sejukkan atas redai..