Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Rabu, 13 Jun 2012

Puding Keledek Berkaramel

Puding Keledek Berkaramel

bahan-bahan : loyang kecil


  • 150 g keledek merah 
  • 1 1/2 cawan air atau boleh dicampurkan dengan susu cair
  • 3 biji telur A
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • sedikit esen vanilla
karamel :
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Keledek dicuci bersih dan kemudian direbus bersama sedikit garam hingga lembut. Setelah itu, kisar bersama air sehingga menjadi puri. Ketepikan.
  2. Untuk membuat karamel : Hanguskan gula di dalam periuk dengan api perlahan dan setelah keperangan (jangan sampai hangit, nanti jadi pahit), masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Pastikan ia betul-betul cair. Tuangkan karamel ke dalam loyang/bekas bersesuaian. Ketepikan.
  3. Pecahkan telur di dalam mangkuk pengadun, pukul sedikit sahaja tetapi jangan sampai berbuih. Kemudian, masukkan susu pekat, puri keledek dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas gula hangus tadi (tapis jika perlu).
  5. Bakarlah lebih kurang 40 minit dengan suhu 170C atau hingga keperangan (dengan kaedah bain marie - letakkan loyang ke dalam dulang/bekas yang berisi air panas)
  6. Setelah dibakar, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan