Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Khamis, 1 Disember 2011

Spageti Bolognese






Bahan-bahan:
250 gm spageti
1 kg daging kisar
100 gm bawang besar - dipotong dadu
40 gm bawang putih - dicincang
100 gm seleri - dihiris nipis
100 gm lobak merah - dipotong dadu
50 gm tomato puri
300 ml jus tomato
5 gm oregano
5 gm daun thyme
2 helai daun bay
500 ml sos perang
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan:
1.  Masak daging kisar dahulu sehingga kering.
2.  Tuskan airnya.
3.  Rebus spageti sehingga empuk dan tuskan.
4.  Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun agar warnanya naik dan spageti tidak melekat.
5.  Tumis bawang besar, bawang putih, oregano, thyme dan daun bay sehingga naik bau.
6.  Masukkan seleri, lobak merah dan tomato puri. Gaul rata.
7.  Masukkan daging kisar yang sudah dimasak tadi.
8.  Campurkan pula jus tomato.
9.  Renehkan dan masukkan sos perang.
10. Masak sehingga daging empuk.
11. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa.
12. Hidangkan spageti bersama sos tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan