APAM GANDUM
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3 – 5 keping gula nisan (atau gula melaka)
1 peket mauripan
Air secukupnya (lebih kurang 5 – 6 cawan)
Cara Membuat Apam
- Masak gula nisan/ gula melaka dengan 2 cawan air sehingga cair,kemudian tapis dan biarkan sejuk
- Masukkan mauripan ke dalam air gula yang telah disejukkan.Kacau sehingga mauripan mengembang dan nampak berbuih.
- Ayak tepung gandum, tuangkan air gula tadi dan gaul rata (seeloknya gunakan tangan). Adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik . Tambah air lagi jika tidak mencukupi.
- Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam… kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali. Untuk kaup balik kali ketiga terus tuangkan ke dalam loyang atau acuan kecil untuk kuih apam.
- Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dalam 40 minit).
Nota: apam beras boleh juga untuk menggantikan apam gandum. Apam Eno kurang sesuai.
KUAH APAM
2 sudu besar ketumbar
1 susu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar lada hitam
5 cm kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga lawang
4-5 biji buah pelaga
2-3 cm kunyit hidup
2-3 cm lengkuas
2-3 cm halia
1 batang serai
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar kelapa parut
3 ekor ikan selayang rebus/panggang tawar (ambil isinya)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Gula/gula nisan secukup rasa
Garam secukup rasa
1 biji kelapa ( untuk dapatkan santan pekat dan cair)
Cara Membuat:
1. Kesemua bahan-bahan di atas dikisar bersama.
2. Masak bersama dengan santan cair. Bila sudah agak kering baru masukkan santan pekat. Perasakan dengan gula nisan dan garam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan