Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Sabtu, 3 Disember 2011

Resepi Puding Triffle

Bahan - Bahan :
1 gulung kek swissroll 
250g buah campuran @ cocktail
250ml susu cair
250ml air
7 sudu makan gula pasir
4 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn 125ml air ~ air lain bukan yg 250ml tadi)

Bahan Jeli
90g serbuk jeli kristal/segera (guna brand NONA sekotak = 90g)
400ml air (sukatan air yg disyorkan pada kotak untuk membancuh serbuk jeli)
 
Cara-Cara :
1.Potong swissroll 1.5cm tebal. Susun di dalam acuan. Tuang sedikit air sirap buah campuran tadi sehingga kek basah & lembap. Ketepikan.
2.  Masak susu cair, 250ml air & gula di atas api yang sederhana.
3.  Masukkan bancuhan kastard tadi & kacau selalu sehingga likat & berkilat.
4.  Tuang adunan kastad tadi di atas kek & ratakan.
5.  Taburkan buah campuran @ cocktail ke atas kastad.
6.  Sementara tunggu kastad sejuk, masak bahan-bahan jeli sehingga larut.
7.  Tapiskan ke atas kastad tadi.
8.  Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam peti ais sebelum di hidang..

siap untuk dinikmati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan