Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Sabtu, 3 Disember 2011

APAM INDON



APAM INDON
Bahan-Bahan:
  • 5 biji telur
  • 1 camt. ovalette
  • 1/2 camt. esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 270gm gula caster
  • 250ml santan atau susu segar
  • 1/2 camt baking powder
  • secubit garam
  • 3 jenis pewarna dan 3 jenis perisa
Cara Membuat:
  1. Alaskan kertas minyak (greaseproof paper) ke dalam loyang dan ketepikan (tin tidak perlu digris).
  2. Ayakkan tepung bersama-sama dengan baking power dan ketepikan.
  3. Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. (jika menggunakan susu segar garam tadi bolehlah diayakkan bersama-sama dengan tepung dan baking powder)
  4. Pukul telur bersama-sama dengan ovalette sehingga gebu dan kembang.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  7. Perlahankan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan/susu sambil dipukul sehingga rata.
  8. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan setiap satu dititikkan dengan satu perwarna +perisa yang disukai sambil dikacau rata.
  9. Tuangkan satu pewarna ke dalam loyang sambil diratakan dan kukus selama 10 minit atau sehingga permukaan atas apam tidak melekat. (*Pastikan kukus telah dipanaskan dan lapikkan penutup kukus dengan kain atau dengan aluminium foil.
  10. Tuangkan satu lagi adunan dengan warna lain dan kukus lagi 10 minit.
  11. Lakukan sehingga habis ketiga-tiga adunan digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 25-30 min dengan kepanasan sederhana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan