Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Ahad, 4 Disember 2011

NASI BERIANI TAMBAK JOHOR

 
Bahan-bahan:
1kg beras basmathi
1 liter air
½ tin susu cair
50gm minyak sapi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
10 biji bawang merah Bombay
2sm halia
2 sudu makan rempah beriani
Garam secukup rasa

Cara memasak:1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan halia, bawang merah, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga hingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan rempah beriani dan biarkan hingga garing.
3. Tuangkan susu cair dan gaulkan hingga sebati. Biarkan mendidih.
4. Selepas mendidih, masukkan air mengikut sukatan beras bersama sedikit garam.
5. Biarkan nasi masak dan kecilkan apinya dan tutup periuk sebaik nasi kering.