Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Isnin, 5 November 2012

Red Velvet Cheese Cake

Red Velvet Cheese Cake


Kek red Velvet
3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah dan campuran baking powder dengan cuka ke dalam adunan.  Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak).  Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble..  Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang lapisan keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble (kalau kak ..buat bulatan kecil ditengah dan diikuti semakin membesar dan lakukan sehingga selesai dan dengan menggunakan lidi pengungkil gigi..buatlah lakaran tersebut)..Bakar selama 25 - 30 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur

Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan