Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Jumaat, 18 Mei 2012

KEK COKLAT MOIST

RESPI KEK COKLAT MOIST
Bahan-Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat (bleh dikurangkan kpd 1/2 cawan jer...)
1 cawan gula (juge bleh dkurangkan kpd 1/2 cawan gak...)
1 cawan minyak masak
# semua bahan di atas digaul sebati & dimasak atas api perlahan
# rehatkan sekejap bila bahan dah sebati
Bahan-Bahan B :
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbornat
1 sudu kecil baking powder
# semua bahan di atas dicampur dan diayak
Bahan-Bahan C
4 biji telur diblender
Cara-Cara :
Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara selang seli dan gaulkan dengan senduk sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang atau bekas2 kecil dan kukus. Pastikan sebelum tu air kukusan mendidih br kukus. Kukus selama 10 -15 minit (jika guna bekas kecik) atau lebih kurang 1 jam (jika guna loyang...)
Belum bubuh topping lagi....sengaja buh dlm bekas kecik spy senang nk bw gi travel !!
 RESEPI TOPPING COKLAT
Bahan-Bahan :
1 cawan @ 3/4  cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega
Cara-Cara :
1. Masukkan susu pekat & serbuk koko ke dalam periuk. kacau rata.
2. Panaskan dengan api yg sederhana, kacau hingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api & kacau sehingga sebati lagi. Tunggu sehingga sedikit likat, kemudian tuang di atas kek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan