Blog ini diabadikan kepada anak-anakku. Semoga koleksi resipi ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk mencubanya suatu hari nanti.

Rabu, 30 November 2011

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR

Bahan A :
125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ~ 1/4
2 sudu kecil serbuk penaik ~ 1sk

Bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa) ~ 3/4 caw
1/2 cawan susu pekat manis 1/2caw
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar 1 3/4
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

Bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon



Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan