Kalau nak perisa coklat yang heavy sket,boleh la guna coklat masakan ..cairkan dahulu coklat masakan tu guna kaedah double boiler.
Duh..aku masih malas amat menaip nih.. tapi aku gigihkan jugak laa..kalau idak makin banyak entri tertunggak karang...heh.. macam banyak sangat kan..
Kek Lapis Choco-Horlicks
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum
Cara2:
- Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
- Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
- Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
- Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
- Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
- Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
- Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
- Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan